Sabtu, 9 Mei 2009

MAJLIS KOKURIKULUM SPI/KAFA PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA

Majlis Kokurikulum telah disempurnakan majlis perasmian penutup oleh Tuan Haji Abdullah bin Ahmad, Pegawai Pengurusan Institusi Agama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada 09 Mei 2009 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri, Kedah. Turut hadir dan memberikan ucapan aluan ialah, Tuan Syeikh Yusof Majid Pegawai Agama Daerah Kuala Muda.

Majlis kokurikulum telah dihiasi acara pertandingan tilawah al-Quran, nasyid, marhaban, bacaan jawi, hafazan dan tulisan jawi.



MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN KALI KE-16 PERSATUAN GURU-GURU DARJAH KHAS QURAN TAJWID (SPI/KAFA) NEGERI KEDAH DARUL AMAN

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERSATUAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين وبه نستعين والعاقبة للمتقين ولا عدوان الا على الظالمين

والصلاة والسلام على رسول الأمين وعلى آله وصحبه أجمعين

Alhamdulillahو saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinNya dapat kita bertemu di dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 16 (2009/2010) kali ini. Saya juga tidak lupa menyampaikan sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua perwakilan di atas komitmen yang diberikan untuk sama-sama kita mendokong dan memimpin agar persatuan kita ini dapat bertenaga serta berfungsi sebagai medan kita berbincang masa depan ahli-ahli dan peningkatan prestasi persatuan dari masa kesemasa.

Dalam persidangan pada kali ini juga, saya sangat-sangat mengharapkan agar semua perwakilan dapat memberikan komitmen sepenuhnya bersama berganding bahu memupuk kesepakatan dengan penuh aktif untuk mengekalkan kecemerlangan supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan boleh dijadikan contoh pengurusan persatuan yang baik.

Menginsafi bahawa posisi persatuan masih terdapat banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki, termasuk kekurangan menterjemahkan potensi kendiri diri. Ahli-ahli persatuan perlu meningkatkan kemahiran berorganisasi dan berkomunikasi serta sentiasa berintraksi dengan masyarakat. Kerana pentingkan diri, akan menyebabkan berlaku pengabaian gerakkerja amal jama'i dalam berorganisai.

Persatuan juga merupakan medan bermulanya usaha untuk mencerdaskan umat yang dimulai dengan pendidikan diperingkat paling dasar yang diajar oleh guru-guru SPI/KAFA hingga ke tahap yang tertinggi, membangun intelektual dan umat yang berilmu serta berdisiplin.

Persatuan juga harus melihat realiti umat masa kini dari perspektif nasional dan global untuk membina kesatuan yang kukuh dan padu yang mempunyai kekuatan dari segi rohani, spiritual dan intelektual. Semuanya ini memerlukan usaha yang berterusan dan dapat digandakan untuk membantu situasi umat yang semangkin gawat.

Kini kita telah melangkah beberapa detik kehadapan bermula dari tahun 1990 dan kini berada diambang tahun 2009. Saya menyeru kepada semua para perwakilan agar kita sentiasa berusaha mencerdaskan diri dan umat, menambah ilmu dan kemahiran berdakwah, menegak dan menghayati syariah dan akhlak Islami, melaksanakan amanah Allah serta ikhlas membangun umat secara amal jama'i.

Akhir kalam, sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan mesyuarat perwakilan kali ini, serta tetamu undagan yang menerima jemputan dalam majlis perasmian kali ini. جزاكم الله خيرا جزاء

وباالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

أخوكم فى الاسلام

قمرالدين بن قاسيم

Pengerusi
Persatuan Guru-Guru Darjah Khas Quran Tajwid (SPI/KAFA)
Negeri Kedah Darul Aman.